malam tadi juga aku merenung kembali (post mortem)
apa yang berlaku pada blackie, masih segar lagi,
kenapalah aku tak pergi balik jenguk dia kejap bulan lepas,
tapi menyesal kemudian tiada guna,
blackie menyedarkanku bahawa jangan ingat atau assume masih ada masa untuk menjenguk kerana nyawa seseorang mahupun binatang kesayangan boleh pergi awal tanpa berita.
patut aku dulu pergi jenguk masa dia masih sakit.
mungkin blackie menyedarkan aku kembali kepada mendiang datuk ku yang meninggal tahun lepas tanpa ku jenguk dalam masa yang agak panjang.
sekarang ku sedar, harap tuhan yesus maafkan aku..
apa yang boleh ku buat sekarang mendoakan roh arwah datuk dan nenek juga tak tinggal binatang kesayangan yang sudah meninggalkan kesan dalam hidupku selama ini..
No comments:
Post a Comment