Sunday 20 December 2009

go back home

tanjung maya
pagi pukul 5am bangun untuk bersiap ke bintulu. malam tu sudah packing dan 'melalaikan' beberapa botol minuman keras untuk bekalan krismas nanti selain untuk perkahwinan cousin ku pada 27.12.08.
tepat jam 6am berangkat ke kedai kopi (nam thong cafe) untuk breakfast. makan simple jak, mee kolok dengan kopi gelas panas.
dah tu 6.30am bertolak ke ferry, nasib baik ada Laing menolong untuk cek-in tiket ferry. lama juga berbaris masuk ferry sebab kena kastam inspection. jam 7.30 baru masuk ferry. kami bernasib baik kerana perempuan yang memeriksa kenderaan.
tepat jam 8.40am ferry pun bergerak ke Menumbok (pulau borneo).
ferry sangat sesak dan penuh dengan orang ramai. tempat duduk pun tiada.
10.30am ferry sampai di Menumbok, tanpa melengahkan masa memecut (80km/j) ke lawas sebab takut banyak kenderaan berbaris. hari yang baik dan dalam perjalanan tu banyak juga ternampak majlis kenduri kahwin di-adakan.
jam 1.15pm sampai di lawas ferry (trusan), memang jangkaan tepat banyak kereta berbaris. hampir 3jam tunggu, 4pm baru dapat masuk ferry. masa tu ferry yang ada cuma satu saja, air deras, kenderaan banyak yang memotong (kereta plat dari miri yang banyak potong).
selepas tu perjalanan agak smooth kerana kereta agak kurang, sampai di kuala lurah dalam jam 6.15pm. masalahnya di sini pun kereta banyak tapi nasib baik dapat lepas jam 7.30pm melalui jalan tikus di brunei besar. jalan tanjung maya antara yang dilalui. sampai pun di miri pukul 9.30pm. syukur pada tuhan selamat sampai..

No comments:

Powered By Blogger