Sunday 27 April 2008

Minggu ke-enam easter

21-27 Apr 08:
dalam minggu ni tiada banyak perubahan yang berlaku.
aku selalu pegi xsesaiz di ptg hari kerana ingin mengurangkan berat badan yg berlebihan.
cuma hari lima dan semalam ku tak xsesaiz sebab ada aktiviti yang tak terancang.
aku ke misa bm hari ni. misa pada hari minggu ialah, 7.15am dlm eng/cina dan 9.15am dlm bm.
sunset mass memang selalunya 6.00pm.
ptg ni mungkin merancangkan untuk xsesaiz di taman botani.. hehe.. dapat tgk cewek ataupun jogging sama cewek.

Monday 14 April 2008

13 Apr 08 (Ahad): Semalam aku dengan kazen aku telah bersenaman di taman botani dimana tempat tersebut adalah tempat untuk berjogging, berexercise, berlari, berjalan, bergayut, melompat dan banyak lagi aktiviti yang berfaedah dapat di manfaatkan di taman ini. Sambil ku berjog, aku tersempak dengan beberapa kuntum bunga yang menarik perhatian aku dan juga serangga yang berada di sekitarnya. lihatlah...










melihat wajah mu

26 Mac 08: Wajah terbaru aku semasa berada di labuan hampir lebih sebulan ni. Aku sekarang rasa bersyukur kerana masih hidup dan dapat maintain beratku di tahap 84kg, aku juga dapat maintainkan ketinggian ku di tahap 1.77m tetapi sepatutnya kalau dalam index berat perkadaran tinggi sepatutnya beratku 75kg. Jadi kesimpulannya aku lebih berat badan dan perlu meaerobikan diriku.

easter vigil di blessed sacrament

22 Mac 08 (Sabtu): Pada malam ni adalah vigil easter. Misa bermula 8 malam, pada malam tu aku ingatkan kalau father yang tua tu yang bagi misa, kesian la dia tapi malam tu ada father (dari KK) yang mengantikannya bagi misa tetapi father yang tua itu masih juga menyertai misa dengan pembaptisan pengikut Yesus yang setia. Agak malang juga aku ni, sudah berapa lama disini, masih tidak tau nama father yang bertugas. Muda-mudi yang mengacara misa itu memang membuatku terasa muda kembali. Rasa seperti di zaman muda ku dulu, mereka menyanyi dengan penuh semangat dan tanpa rasa duka mereka senyum, jelas sekali terpampang di wajah mereka kegembiraan kerana Yesus- anak domba yang menjadi korban kerana dosa kita. Aku masih teringat The Passion, sungguh menyedihkan dan menyayat hati. Habis misa tu aku pun ambi gambar.
Cantik lukisan ini, sayang sekali speaker itu melindungi keseluruhan lukisan itu tapi aku yang terrer ni telah mengeditkan supaya nampak kesinambungan realiti di sebalik speaker itu.Habis misa tu, teringat pula youth di bintulu yang selalunya akan mengadakan pesta easter hingga ke pagi tetapi malam tu tidak di approve oleh dom (paris priest). Takpe tahun depan cuba lagi.

Pemanduan dari miri ke labuan

Seperti tajuk di atas, saya serta ayahku dan kazenku membuat pemanduan dari miri ke kk pada 29 Mac 2008 dengan kereta sportku (iswara aerobak). Kami bertolak dari miri pukul 0650 dengan hanya makan roti dan minum nescafe. Pada waktu itu juga minyak kereta pun hampir mau E. Pada mula memasuki brunei, kerisauan telah menambah dalam dadaku sebab minyak E, tanpa diduga kami telah sampai stesen shell. Saya merasa jauhnya hanya dari sempadan brunei ke stesen tu 10km lebih sikit. Syukur kerana dapat mengisi sebanyak B$10 saja yang bersamaan dengan 18.8L iaitu 0.53sen/liter. Kalau di konvert dalam rm, kira rm38 la. Setelah penat lelah memandu dalam brunei, 1110 dapat sampai limbang. Makan dan minum dulu, pukul 1155 berlepas ke brunei kecil. Dalam brunei kecil tu aku telah kena speed trap (65km/j), terpaksa bayar rm150 (ataupun B$50). Lepas brunei kecil, masuk lawas pula. 1335 melepasi lawas ke sepitang dan ke kk. Sampai kk 1705. Tido di kk.Pada ke-esokan, 30 Mac 2008 pula, kami berpandu dari kk (1300) ke menumbok (1530), tempat yang akan membawa kami ke labuan dengan menggunakan feri yang seakan-akan kapal titonik. Kalau nak pakai kapal titonik ni, kenalah bayar landing fee (rm14), tambang feri (rm40 untuk kereta dan pemandu, rm 5 untuk setiap penumpang yang menompang). Kapal kami berlabuh pukul 1645 dan keadaan laut masa tu agak tenang dan suram. Kami selamat sampai di labuan pukul 1905.

bir dan staot

05 Apr 08 (Sabtu): Hari yang bahagia, seperti biasa aku ke ‘pasar’ pagi tu makan mee goreng kering. Sedap juga mee goreng tauke ni sebab dalam mee goreng dia ada mee, ada udang, ada ayam, ada tauge, ada ball fish, ada sayur.. fuh lengkap. Harge mee tak juga mahal, rm4/= je. Tapi kalo di bintulu memang ada murah sikitla. Habis tu pegi ke kedai arak hendak membeli arak. Last-last tak jadi beli arak, beer aneka bir je. Takut jadi pemabuk pulakan. Aku ni takle terror sangat tentang minum bir ni, tastenya macam lebih dan kurang je tapi rasa bir la.






Yang heineken tu ada terciplak sikit, ku tampal je logo tu kat bir rimau bawah pokok. Untuk pengetahuan, bir yang paling laris sekarang adalah heineken sebab dia adalah penganjur piala liga campion. Tapi masih ada fight daripada tiger. Walau-apapun yang dikatakan oleh orang, minumlah selagi ada hayat. Hidup hanya sementara, tiada yang terindah selain minum yang menyeronokan ini.

Monday 7 April 2008

Panggilan Pulau

Aku ke cyber pada masa ni. jarang menpunyai peluang yang amat emas seperti ini.
perasaan yang memboringkan kekadang memang mampu ku atasi tetapi wine juga yang dapat menenangkan ketenteraman jiwaku.
aku sudah ready dengan beberapa blog yang telah di prepare dalam bentuk words tetapi malang sekali kerana pc di cyber ini kurang canggih.. tidak dapat membaca format words2007.. cuma dan hanya dapat view di tahap words 2003. aku merasa sungguh keciwa dengan benda yang amat remeh temeh ini. ada pun internet di opis, laman web seperti frienster, blogspot, nombor ekor dan yang melampaui tahap kemanusiaan telah di belok oleh para IT yang tak seberapa terror itu.

lain kali ku lebih berwaspada supaya kemalangan hari ini tak berulangan di lain hari.
orait ku jalankan tugas ku dulu..
Powered By Blogger