Seperti tajuk di atas, saya serta ayahku dan kazenku membuat pemanduan dari miri ke kk pada 29 Mac 2008 dengan kereta sportku (iswara aerobak). Kami bertolak dari miri pukul 0650 dengan hanya makan roti dan minum nescafe. Pada waktu itu juga minyak kereta pun hampir mau E. Pada mula memasuki brunei, kerisauan telah menambah dalam dadaku sebab minyak E, tanpa diduga kami telah sampai stesen shell. Saya merasa jauhnya hanya dari sempadan brunei ke stesen tu 10km lebih sikit. Syukur kerana dapat mengisi sebanyak B$10 saja yang bersamaan dengan 18.8L iaitu 0.53sen/liter. Kalau di konvert dalam rm, kira rm38 la. Setelah penat lelah memandu dalam brunei, 1110 dapat sampai limbang. Makan dan minum dulu, pukul 1155 berlepas ke brunei kecil. Dalam brunei kecil tu aku telah kena speed trap (65km/j), terpaksa bayar rm150 (ataupun B$50). Lepas brunei kecil, masuk lawas pula. 1335 melepasi lawas ke sepitang dan ke kk. Sampai kk 1705. Tido di kk.Pada ke-esokan, 30 Mac 2008 pula, kami berpandu dari kk (1300) ke menumbok (1530), tempat yang akan membawa kami ke labuan dengan menggunakan feri yang seakan-akan kapal titonik. Kalau nak pakai kapal titonik ni, kenalah bayar landing fee (rm14), tambang feri (rm40 untuk kereta dan pemandu, rm 5 untuk setiap penumpang yang menompang). Kapal kami berlabuh pukul 1645 dan keadaan laut masa tu agak tenang dan suram. Kami selamat sampai di labuan pukul 1905.
No comments:
Post a Comment