Monday, 14 April 2008

easter vigil di blessed sacrament

22 Mac 08 (Sabtu): Pada malam ni adalah vigil easter. Misa bermula 8 malam, pada malam tu aku ingatkan kalau father yang tua tu yang bagi misa, kesian la dia tapi malam tu ada father (dari KK) yang mengantikannya bagi misa tetapi father yang tua itu masih juga menyertai misa dengan pembaptisan pengikut Yesus yang setia. Agak malang juga aku ni, sudah berapa lama disini, masih tidak tau nama father yang bertugas. Muda-mudi yang mengacara misa itu memang membuatku terasa muda kembali. Rasa seperti di zaman muda ku dulu, mereka menyanyi dengan penuh semangat dan tanpa rasa duka mereka senyum, jelas sekali terpampang di wajah mereka kegembiraan kerana Yesus- anak domba yang menjadi korban kerana dosa kita. Aku masih teringat The Passion, sungguh menyedihkan dan menyayat hati. Habis misa tu aku pun ambi gambar.
Cantik lukisan ini, sayang sekali speaker itu melindungi keseluruhan lukisan itu tapi aku yang terrer ni telah mengeditkan supaya nampak kesinambungan realiti di sebalik speaker itu.Habis misa tu, teringat pula youth di bintulu yang selalunya akan mengadakan pesta easter hingga ke pagi tetapi malam tu tidak di approve oleh dom (paris priest). Takpe tahun depan cuba lagi.

No comments:

Powered By Blogger