Sunday, 21 December 2008

ke bintulu

hari aku balik ke bintulu, awal pagi bangun ke rumah di taman ceria untuk jumpa adik. pastu pegi makan mee di simpang besar masuk ke permyjaya.
setelah kenyang tu pegi attend mass pukul 11am di st.joseph cathedral (fr.andy yang service).
12.30pm - jalan balik ke bintulu, terima panggilan yang Fido sedang sakit tak dapat kencing (batu karang).
sampai di bintulu dalam 3.15pm.
kesian tengok Fido sakit. ini kali yang ketiga dia tak dapat kencing. sebelum ini, pernah kena bius untuk membersih saluran kencing. dia selalu nak kencing tapi air kencing tak keluar, aku cuba membantu dengan memicit buah pingangnya (berdekatan dengan paha). mengikut doktor, kerana melebihi berat badan, pelbagai penyakit boleh terjadi. jadi, walaupun kucing tu nampak cute tapi mesti awasi beratnya, selama ini kami suka sangat beri makanan sebab nak tengok berat sangat.
apa yang saya kagum, ialah kesungguhan Fido untuk melepasi rintangan..

No comments:

Powered By Blogger