Tuesday 23 December 2008

persiapan balik ke long banyok

hari ini Fido masih kencing selalu dan minum air selalu cuma makan yang tak lalu.
bonia pun masih suka minum milo peng, agak sukar rasanya bila kita terlalu rapat dengan haiwan kesayangan kita, terutama bila mereka sakit, sudah tua macam bonia kalo ikut pengiraan ialah 15 x 5 = 75 tahun sudah umurnya.
orang iban cakap 'gayu' = idup yang panjang, itulah juga yang kita manusia mahukan. hidup panjang jika cukup makan, minum, kasih sayang yang di beri, jagaan kesihatan, dan yang penting sekali ialah tidak mendera atau belaku kasar dengan sesuatu yang kita sayangi contohnya bonia.
banyak juga yang dapat di pelajari dari pengalaman ini.

tak banyak persiapan yang dibuat cuma membuat kek krismas sedikit (4 jenis) untuk di bawa ke long banyok. (holiday inn, lapis bumi, kukus kelapa, fruit cake)
barang minuman pun tak banyak nak bawa, ada juga 3 ekor ayam yang kami ternak disembelih.
krismas tahun ini mungkin agak ramai yang balik kampung. lagipun cousin ku kawin di uma akeh nanti.
tapi rasa sedih masih kerana terpaksa tinggalkan Fido dan yang lain-lain. semenjak Blackie tiada, terasa juga sunyi.

No comments:

Powered By Blogger