petang ini, kami berangkat ke uma akeh untuk hantar 'udok' macam hantaran, stail orang dulu.
pergi uma akeh adalah yang pertama bagi ku, kami berangkat pun dalam pukul 6.15pm dan memang agak lewat sampai disana.
suasana agak sunyi dan tak semeriah yang di jangkakan.
tunggu punya tunggu, pukul 10pm bermula acara hantaran.
hantaran taklah seketat atau pun kemestian yang harus di penuhi.
apa yang selalu dihantar ialah gong, tikar dan bantal, parang.
agak boring sebab kena dengar kata-kata dari yang tua, banyak yang orang tua sharekan kepada bakal pengantin, biasalah orang yang dah lama kawin tahu apa yang lemah dan apa yang dapat membantu tingkatkan hubungan ketika usia makin meningkat nanti.
selepas habis acara hantaran, barulah acara tradisional seperti tarian di hiburkan kepada hadirin. bermula dari yang tua hinggalah yang muda (termasuk akulah yang kena 'ngarei').
selepas habis semua buat persembahan barulah acara tamat. tidur untuk esok..
No comments:
Post a Comment