pagi ni aku dan ibuku cuba untuk menghantar Fido ke clinic dr.cheng.
tapi dengan tak semena-mena, Fido terkencing di pangkuan, ada rasa lega setelah dia dapat kencing, banyak juga.
tetapi tetap jua menghantar Fido jumpa doktor untuk pemeriksaan. dr. cakap kena teruskan makan ubat antibiotik, bladder, juga dia menambah vitamin c untuk tambah selera.
sepanjang hari ini, Fido selalu kencing dan minum kuat.
saya kagum melihat dia cuba untuk sembuh dan kembali normal.
tapi yang merisaukan dia jarang tidur dan makan pun takda, jadi terpaksa bagi dia makan 5-10 biji (Fit32 Royal Canin).
perasaan sedih masih ada..
bonia pula terpaksa ditangguhkan 'sleep' nya ke tahun baru.
memang kagum juga tengok bonia, masih ada selera makan, minum milo peng.
tapi tak tahan bila tengok dia tak dapat berdiri lama, kutu yang banyak, langgar dinding atau duduk tempat yang kotor kerana penglihatannya sudah tidak dapat melihat lagi.
memang wajar untuk dia 'sleep' sebab sudah 15 tahun hidup bersama kami.
bonia pandai mendengar, patuh pada perintah, suka menyalak orang yang belum pernah kenal, mengigit jika orang yang sentuh itu tak rapat dengannya, masa muda dia selalu tidur denganku, bila kita balik pandai mengalukan kedatangan kita, terlalu banyak yang sukar dilupakan..
No comments:
Post a Comment